Aku fikir nak jual artwork aku dalam bentuk poster mungkin. Tetapi Dia beri aku idea suruh letak atwork aku atas t-shirt, maka ia menjadi artwork yg berjalan di tubuh insan. Namun aku fikir dah berlambak t-shirt yg ada artwork hebat, jadi gimana deh bisa jadi unik? Dia bagi idea suruh letak artwork atas T-shirt Muslimah, dan petunjuk untuk buat T-shirt Muslimah yg unik.
Alhamdulillah. Antara petunjuk dari Dia ialah menjadikan aku terpaksa dengar keluhan pelajar Muslimah di universiti yang mengatakan:
(01) T-shirt Muslimah mahal! Harga lebih dari RM40, ada sampai RM60. Nak korek duit dari mana? Mak bapak kaum marhaen miskin. (02) T-shirt Muslimah yg mahal itu tidak menutup punggung atau jari jemari mereka. Masih terbonjol jua cellulite kata mereka. (03) Print Design T-shirt Muslimah tak menarik, tak kena dengan intelek mereka. Banyak print artwork untuk kanak-kanak bawah 13 tahun menurut mereka.
Jadi takdir aku ialah kena buat T-shirt Muslimah yg:
> MURAH - bawah RM40
> TUTUP AURAT - tak ketat, tutup pinggul, tutup tangan
> ARTWORK MATANG - tidak kebudak-budakan
Itulah yg Dia pancarkan dlm kepala otak aku. Namun kepala otak aku bukan milik aku, tapi milik Dia. Tubuhku, hatiku, darahku, galaxy ini, semua Dia punya maa... Sel tulang aku bertukar setiap 6 bulan pun aku tak sedar, sebab bukan aku punya. Watak aku pun Dia yg tulis sebelum aku lahir. Oleh itu aku buat je lah apa yg masuk dlm kepala otak aku. Buat T-shirt pompuan pun buat je lah. Aku tak rasa seperti pondan.
Aku juga diberi petunjuk fashion design di Eropah (Elenany UK, winter military fashion, Calvin Klien fall collection, dsb). Maka aku pun buat rekabentuk T-shirt yg sebegitu, berserta print artwork yg sebegitu, yg sesuway untuk Solat, Sports, Study, Shopping, dsb. Maknanya ia lasak dan serbaguna.
Kemudian aku fikir tentang branding. Lalu Dia pancarkan idea dlm kepala otak aku suruh letak nama 'Gravitas', perkataan Latin yg bermaksud 'graviti' atau 'kepentingan'. Aku pun buat logo Ka'ba dan tali Dia (berpegang pada tali Dia). Kenapa aku buat logo mcm tu? Aku pun tak tahu, aku nampak imej mcm tu dlm otak, aku pun buat mcm tu lah. Mesti dah ada kat Luh Mahfuz.
Setelah siap blueprint utk design T-shirt Muslimah (cutting, ukuran, jenis jahitan, etc) aku mula Google kilang textile yg boleh produce T-shirt Muslimah ikut spesifikasi ini. Jadi usaha berikutnya ialah cari kilang pakaian... > Bersambung di episod 03.
No comments:
Post a Comment