Aku dah siap buat karyaseni utk silkscreen printing. Aku cuma nak print 100 helai je, jadikan karyaseni ini limited item. Ia limited item tapi tak mahal... Kalau nak print silkscreen yang tak mahal kena cari kilang printing baju yang murah. Ah, aku sungguh murahan!
Aku Google dan dapat beberapa alamat kilang print baju, lalu aku email tanya price quote untuk silkscreen printing SAIZ A3 {besar ni, mesti mahal} guna 2 WARNA {lebih dari 1 warna, mesti bertambah mahal}. Lalu dari sebutharga mereka boleh kita anggarkan harga silkscreen printing untuk saiz A3 + 2 warna adalah antara RM8 ke RM11 - bergantung populariti kilang itu. Mahal siot!
Jadi aku ganbatte lagi. Sedang aku mengGoogle, terjumpa pula website "Moh Cetak Baju", yang agak murah jua harganya, dan mereka biasa print baju bertema Islam (Puan yg jawab email ku itu sangat baik dan berbudi pekerti tinggi). Namun lokasinya nun di utara sana. Mungkin di suatu hari nanti... Insha Allah.
Aku Google lagi, lalu terjumpa kompeni Blue Generation di kawasan Sri Kembangan, Selangor. Harga print murah jika jadi agent (bayar keahlian RM199), maksudnya kita dpt harga murah sebagai agent yg membawa masuk printing job ke kilang Blue Generation. Di tika ini Dia memberi ilham, "Bawa masuk job sendiri." Ah, itu betul! Bawa masuk job sendiri punya. Lalu aku berfikir tentang kos.
Kalau print di kilang popular, RM8 x 100 helai = RM800. Kalau jadi agent dan print di Blue Generation, RM5 (print dan kos packing) x 100 + RM199 (bayaran keahlian) = RM699. Jimat RM100. Lagi banyak jumlah print, lagi murah, dan lagi jimat duit... Jadi aku pilih Blue Generation.
Aku buat test print 50 helai dulu. Alhamdulillah, kualiti printing di Blue Generation adalah bagus dan adunan warna mereka ikut seperti yang digambarkan. Ini semua takdir Dia, bukan aku pandai-pandai sendiri, kerana dalam usaha mencipta karyaseni ini, ada peristiwa yg aku lihat seperti takdir buruk, tapi sebenarnya takdir itu paling sesuai utk aku dan apa yg aku buat di tika dan saat itu. Aku kena sabar, tunggu, dan tawakal.
Aku berdoa agar Dia jadikan student Muslimah suka karyaseni ini bukan hanya sebagai pakaian tetapi suatu kewujudan yg ada makna, yg intelek... emm... poyo betul nukilan blog ku ini.
NOTA: aku buat kira-kira, keuntungan aku ialah antara RM2 ke RM5 untuk sehelai t-shirt Gravitas. Bolehlah... Alhamdulillah. Walau tak cepat kaya, sekurangnya ilham seni yg Dia letak dalam otak aku sudah pun dilahirkan di alam maya ini. Allah is Da Best Forever, dan aku ialah makhluk seni stock pariah bushuk bertaraf underground.
Sesiapa berminat nak print t-shirt kecil-kecilan:
•• www.bluegeneration.com.my
•• mohcetakbaju.com
No comments:
Post a Comment