18/08/2014

OORBAN | SALAM




Maksud Karya: 
Tulisan Arab "salam" {sin-lam-alif-mim} bermaksud "selamat". Ia adalah kata asas untuk perkataan "islam" (sistem yg selamat). Di bawah tulisan "salam" ialah kata "alaika" {a'in-lam-ya-kaf} bermaksud "untuk awak" atau "atas awak". Maka "salam alai-KA" ialah "selamat untuk awak" (seorang/ singular) dan "salam alai-KUM" ialah "selamat untuk kamu" (ramai/ plural). 

Di atas kata "salam" terletak simbol peace (aman, selamat) sebagai mercu tanda untuk ucap salam. Di kiri-kanannya pula ada simbol insan menuju (arrow head/ kepala anak panah) satu sama lain dgn kedua-dua tangan dihulur utk bersalam. Tangan itu direka dari simbol "sama-dengan" (equal), maksudnya insan sama-sama (equally) mahu mencapai peace/ aman dgn ucapan salam - untuk satu sama lain. 

Marilah kita ucap salam setiap kali jumpa ibu-bapa, gang lepak, bilik kita, rumah kita, kucing, laptop, pokok, dan alam... Ya, aku ucap salam pd PC aku, external HD aku, dan mouse aku, setiap kali aku nak guna atau dah habis guna. Aku mohon salam dari Dia utk alam sekitar dan harta aku.

>UNTUK PEMBELIAN HUBUNGI 
:• Adawiyah | 013-2950-445 | adawiyahzayadi@gmail.com

15/08/2014

OORBAN | 99 PRISM



Maksud Karya: Perkataan Arab "asma" bermaksud "nama", dan "husna" bermaksud "cantik" atau  "indah". Sebutan dlm ejaan Arab yg betul ialah 'Asma Ul Husna'. Maka "Asma Husna" bermaksud "nama indah", dan dlm konteks karya ini ia menyatakan 99 nama yg indah milik Dia Maha Pemberi Kewujudan.

Nombor 99 itu dibina dari 99 unit prism/ segitiga. Kita guna segitiga kerana ada 3 bucu penting dlm mengenali 99 Asma Husna, iaitu (1) islam, (2) iman, + (3) ikhsan. Maka 99 unit prism/segitiga ini membentuk Al-Deen yg memberi kita kefahaman tentang 99 Asma Husna.

Tanpa Al-Deen (Islam, Iman, Ikhsan) kita sukar nak faham 99 Asma Husna - cuma faham "Maha Indah" dari segi nama sahaja, lalu melihat pokok sebagai pokok. Tapi melalui prism Al-Deen kita akan lihat nama "Maha Indah" pada pokok sebagai kewujudan yg bermula dari satu titik (benih) berpecah berserakan bagai salur-salur darah takdir, di mana tiada satu pun daun yg serupa walaupun kelihatan sama seperti fractals. Fractals bermakna bentuk yg sama yg diulang-ulang menjadi bentuk baru, seperti atom membentuk partikel, atau 99 unit prism membentuk nombor 99 di atas tee Oorban.

>UNTUK PEMBELIAN HUBUNGI 
:• Adawiyah | 013-2950-445 | adawiyahzayadi@gmail.com

10/08/2014

TEE SHIRT NASIONAL | 1 MALAYSIA



Maksud Karya > Warna tanah yg keemasan (golden brown) melambangkan tanah air kita yg unik. 16 bintang melambangkan 13 negeri + 3 wilayah persekutuan (KL, Putrajaya, Labuan). Ini juga dipaparkan sebagai 8 garis cerah berselang dgn 8 garis gelap (16 garisan). Ini ialah lambang demokrasi - namun Malaysia berbeza dari negara demokrasi terbesar dunia, kerana Malaysia ada bulan sabit di dada langit (bahagian dada t-shirt).

Dalam kegelapan dan kebutaan malam, bila elektrik sudah musnah, cahaya apakah yg menerangi kita? Bulan, selamanya cahaya bulan yg natural... Tercipta dari sifat Kasih Dia Maha Pencipta. Penjana elektrik boleh musnah, tapi tiada siapa boleh musnahkan bulan atau alam ini kecuali dgn izin Dia.

Cahaya bulan melambangkan ugama, penunjuk nilai moral yg universal > hormati jiran dan ugama mereka, berpesan dgn benar + sabar, tidak memaksa, tidak mengumpat, tidak merendahkan atau mengejek musuh, sedekah bila tragedi menimpa jiran - ini nilai-nilai tinggi kehidupan sosial madani. Kerana itu Malaysia boleh alami pelbagai jenis karyaseni keturunan, budaya, masakan, fashion, bahasa, dan perbezaan watak-watak dalam realiti yg memahami harmoni. Ini kerana cahaya bulan itu.

Senireka ala-grunge menyatakan Malaysia yg dah merdeka lebih 50 tahun tak terlepas dari kesan calar-balar ujian takdir malang > perbezaan pendapat ahli politik, perbezaan bangsa dan ugama, krisis kewangan + ekonomi global, tragedi tanah runtuh, Tsunami serta kemalangan kapalterbang MAS. Bintik-bintik hitam ini kekal dlm sejarah, namun bagai logam emas yg utuh, rakyat Malaysia terus berdiri teguh sebagai satu identiti nusantara, Satu Malaysia.

Bersyukur pada Dia pencipta bulan dan pemberi ilham dlm otak rakyat Malaysia yg mengekalkan satu negara yg unik, toleransi, teguh dan bersatu. 

"Sesat di Kuala Lumpur, dosa dan pahala bercampur,
namun kita perlu hidup, kita perlu terus hidup." - M.Nasir

HARGA SEHELAI: RM25
{tak termasuk kos postage}
> Untuk pembelian | Baba - 011-2629-3756 | zarchba@gmail.com
> Pembelian Borong atas 10 helai | markpiet@gmail.com

06/08/2014

BERNIAGA | 05 | KARYA OORBAN


Aku berangan nak buat karya yg boleh dipakai oleh lelaki dan wanita. Jadi aku buat satu jenama unisex bernama OORBAN, maknanya urban lah, atau karya ala-street style yg ada ceria warna-warni pop atau yg islamik tapi nampak cool urbanisarsi. 

Tema senireka OORBAN lebih umum + universal (tak khusus seperti GRAVITAS yg dicipta utk wanita), supaya mamat + aweknya, atau ostad + ostazah, atau suami + isteri, boleh sama-sama pakai pergi bersokan lari-lari ceria berpasangan, sambil menyampaikan message yg baik di t-shirt OORBAN mereka.


Lagi satu ciri karya OORBAN ialah harganya perlu murah, sebab aku memang nak buat t-shirt murah yg ada style unik tersendiri luar biasa takda jual kat kedai popular, sesuai dgn pendapatan rakyat marhaen. Harga bawah 20 ringgit kira okay lah. Student pun boleh beli.

Minggu depan mungkin akan mula jual tee OORBAN, insha Allah.

06/07/2014

GRAVITAS | HABIBI








































> Maksud Karya: Tulisan menggunakan bintik-bintik itu adalah bahasa Arab dalam tulisan rumi, tapi rekabentuk typografi seperti tulisan Arab. Perkataan Arab itu berbunyi "Haiya Alal Fala Ya Habibi". Ayat "Haiya Alal Fala" diambil dari Azan yg bermaksud "Marilah Tuju Kejayaan". Manakala ayat "Ya Habibi" bermaksud "Wahai Sayang". Jadi ayat "Haiya Alal Fala Ya Habibi" bermaksud "Marilah Tuju Kejayaan Wahai Sayang...". Namun sebelum kita menuju kejayaan, kita harus lakukan sesuatu terlebih dahulu seperti apa yg diucapkan dlm Azan, iaini "Haiya Alal Solah", maknanya "Marilah Solat". So, wahai sayang, mari bersolat dulu, kemudian barulah kita mampu tuju kejayaan, ya habibi...


> HARGA SEHELAI: RM33
> Postage: akan dikira ikut destinasi

•• Material: kain cotton Hitam
•• Saiz: M dan XL sahaja 
•• M untuk Muslimah saiz S dan M
•• XL untuk Muslimah saiz L ke atas
•• Panjang baju lebih dari 80 cm (tutup aurat pinggul)
•• Panjang Cuff 30 cm menutup tangan (untuk Solat)
•• Bukaan lebar bawah baju memudahkan pergerakan

Untuk pembelian hubungi 
> Baba - 011-2629-3756
> email: zarchba@gmail.com

GRAVITAS : T-MUSLIMAH LASAK SERBAGUNA
> SOLAT > SPORTS > STUDY > STROLL > SLEEP

GRAVITAS | UMRAH


> Maksud Karya: Karya ini untuk mereka yg nak pergi Umrah atau Haji. Tulisan Arab itu berbunyi "Labayk" {lam-ba-ya-kaf} bermaksud "Here I am", atau "Di sini aku" atau "Aku datang ni". Ucapan "Labayk" ini diambil dari lafaz Talbiah semasa bertawaf keliling Ka'bah. Di bawah tulisan "Labayk" itu ditulis pula nama Malaysia dalam tulisan Arab - bukan tulisan Jawi, kerana ia menggunakan huruf 'zai' dan sebutannya dalam bahasa Arab. Sebutan Arab ialah "Maliziya" {mim-alif-lam-ya-zai-ya-alif}. Perkataan Maliziya ini supaya jika jemaah pengsan tepi jalan atau tersesat maka orang Arab akan mudah kenal warga Malaysia dan berkata "AH! Maliziya! Maliziya! Yala! Yala Maliziya!.." lalu tolong hantar ke pusat Tabung Haji atau wakil kerajaan Malaysia di Saudi.

“Labbayka Allaahumma labbayk, labbayka laa shareeka laka labbayk. Inna al-hamd wa’l-ni’mata laka wa’l-mulk, laa shareeka lak"
(Here I am, O Allaah, here I am. Here I am, You have no partner, here I am. Verily all praise and blessings are Yours, and all sovereignty, You have no partner).


> HARGA SEHELAI: RM33
> Postage: akan dikira ikut destinasi

•• Material: kain cotton Hitam
•• Saiz: M dan XL sahaja 
•• M untuk Muslimah saiz S dan M
•• XL untuk Muslimah saiz L ke atas
•• Panjang baju lebih dari 80 cm (tutup aurat pinggul)
•• Panjang Cuff 30 cm menutup tangan (untuk Solat)
•• Bukaan lebar bawah baju memudahkan pergerakan

Untuk pembelian hubungi
> Baba - 011-2629-3756
> email: zarchba@gmail.com

GRAVITAS : T-MUSLIMAH LASAK SERBAGUNA
> SOLAT > SPORTS > STUDY > STROLL > SLEEP

21/06/2014

JERSEY | HARIMAU MALAYA


Untuk penyokong bolasepak negara, hamba sang saudagar kecil persembahkan jersey Harimau Malaya...

KARYA PRINT > Harimau menunjuk taring (sedia nak bertarung) bermahkota di kepala. Mahkota berbintang 13 (negeri-negeri) melindungi lambang bendera Malaysia (bulan & bintang) yg di arak bintik-bintik putih (rakyat jelata). Di tengahnya sebiji bola dgn pedang bersilang (perlindungan, perjuangan, patriotik). Mahkota ini dijunjung oleh tapak berbintik 11 (kesebelasan pemain utama). Di bawah wajah harimau kacak itu ialah namanya Harimau Malaya berserta slogan "Lawan Sampai Mati". Kalah tak apa, janji lawan jer sampai mati.

Beli untuk diri sendiri, untuk gang penyokong anda, saja nak pakai tapi tak pergi stadium, beli sebab design dia cool, atau sebagai hadiah perkahwinan rakan-taulan. Jersey ini dibikin di MaxTex (pemilihan material, ukuran, cutting, silkscreen printing, etc.). MaxTex ialah pakar textile microfiber berkualiti baik punya.


CUTTING:
Custom-made cutting dengan jalur kuning (warna harimau/ imej Malaysia) di kedua belah lengan. Full body silkscreen printing (saiz A2) warna kelabu cerah. Saiz M dan XL sahaja.

MATERIAL:
> kain jersey bolasepak micro dry
> 100% flat knitted microfiber
> ringan, tak tebal, cepat kering, smooth licin mcm kepak Superman


HARGA SEHELAI: RM35
{tak termasuk kos postage}
> Untuk pembelian hubungi | Baba - 011-2629-3756 | email: zarchba@gmail.com
> Pembelian Borong {atas 10 helai} sila email: markpiet@gmail.com

BERNIAGA | 04 | CARI KILANG PRINTING


Aku dah siap buat karyaseni utk silkscreen printing. Aku cuma nak print 100 helai je, jadikan karyaseni ini limited item. Ia limited item tapi tak mahal... Kalau nak print silkscreen yang tak mahal kena cari kilang printing baju yang murah. Ah, aku sungguh murahan!



















Aku Google dan dapat beberapa alamat kilang print baju, lalu aku email tanya price quote untuk silkscreen printing SAIZ A3 {besar ni, mesti mahal} guna 2 WARNA {lebih dari 1 warna, mesti bertambah mahal}. Lalu dari sebutharga mereka boleh kita anggarkan harga silkscreen printing untuk saiz A3 + 2 warna adalah antara RM8 ke RM11 - bergantung populariti kilang itu. Mahal siot!

Jadi aku ganbatte lagi. Sedang aku mengGoogle, terjumpa pula website "Moh Cetak Baju", yang agak murah jua harganya, dan mereka biasa print baju bertema Islam (Puan yg jawab email ku itu sangat baik dan berbudi pekerti tinggi). Namun lokasinya nun di utara sana. Mungkin di suatu hari nanti... Insha Allah.

Aku Google lagi, lalu terjumpa kompeni Blue Generation di kawasan Sri Kembangan, Selangor. Harga print murah jika jadi agent (bayar keahlian RM199), maksudnya kita dpt harga murah sebagai agent yg membawa masuk printing job ke kilang Blue Generation. Di tika ini Dia memberi ilham, "Bawa masuk job sendiri." Ah, itu betul! Bawa masuk job sendiri punya. Lalu aku berfikir tentang kos.

Kalau print di kilang popular, RM8 x 100 helai = RM800. Kalau jadi agent dan print di Blue Generation, RM5 (print dan kos packing) x 100 + RM199 (bayaran keahlian) = RM699. Jimat RM100. Lagi banyak jumlah print, lagi murah, dan lagi jimat duit... Jadi aku pilih Blue Generation.



Aku buat test print 50 helai dulu. Alhamdulillah, kualiti printing di Blue Generation adalah bagus dan adunan warna mereka ikut seperti yang digambarkan. Ini semua takdir Dia, bukan aku pandai-pandai sendiri, kerana dalam usaha mencipta karyaseni ini, ada peristiwa yg aku lihat seperti takdir buruk, tapi sebenarnya takdir itu paling sesuai utk aku dan apa yg aku buat di tika dan saat itu. Aku kena sabar, tunggu, dan tawakal.

Aku berdoa agar Dia jadikan student Muslimah suka karyaseni ini bukan hanya sebagai pakaian tetapi suatu kewujudan yg ada makna, yg intelek... emm... poyo betul nukilan blog ku ini.

NOTA: aku buat kira-kira, keuntungan aku ialah antara RM2 ke RM5 untuk sehelai t-shirt Gravitas. Bolehlah... Alhamdulillah. Walau tak cepat kaya, sekurangnya ilham seni yg Dia letak dalam otak aku sudah pun dilahirkan di alam maya ini. Allah is Da Best Forever, dan aku ialah makhluk seni stock pariah bushuk bertaraf underground.

Sesiapa berminat nak print t-shirt kecil-kecilan:
•• www.bluegeneration.com.my
•• mohcetakbaju.com

16/06/2014

GRAVITAS | HIJABISTA




"Hijab is My Freedom"
Maksud Karya : Warna pastel biru dan keemasan yang tidak terlalu garang, melambangkan ketinggian nilai Hijab, ketenangan jiwa, dan kesederhanaan. Ia bersifat merendah diri, namun cantik bunga ruhani. Mahkota berbintang lima dan anak bulan sebagai simbol rukum Islam yang dimuliakan Muslimah. Di tengah adalah hati bersama tulisan jawi 'Hijab' {ha-jim-ba} menunjukkan kesenangan hati dengan berhijab. Di dalam cinta hatinya terletak batu berlian kukuh membayangi Kaabah. Makdsunya berhijab adalah untuk Allah, kekasih hati Muslimah yang Eternal kekal selamanya. Dia menyintai Allah, dan Allah menyintai dia. Bersama untuk selamanya.


> HARGA SEHELAI: RM33
> Postage: akan dikira ikut destinasi

•• Material: kain cotton Melange
•• Saiz: M dan XL sahaja 
•• M untuk Muslimah saiz S dan M
•• XL untuk Muslimah saiz L ke atas
•• Panjang baju lebih dari 80 cm (tutup aurat pinggul)
•• Panjang Cuff 30 cm menutup tangan (untuk Solat)
•• Bukaan lebar bawah baju memudahkan pergerakan

Untuk pembelian hubungi 
> Baba - 011-2629-3756
> email: zarchba@gmail.com

GRAVITAS : T-MUSLIMAH LASAK SERBAGUNA
> SOLAT > SPORTS > STUDY > STROLL > SLEEP

NOTIS | PENGHANTARAN + LIMITED ITEM


Kufi AlKursi | oleh Mark Piet





























>POST BARANG DI HARI MINGGU SAHAJA
Oleh kerana aku cuma saudagar kecil meniaga sambilan, maka sistem penghantaran tidaklah sehebat jenama fashion mainstream yg besar, yg masuk majalah + TV itew, yg ramai giler staff, dan barang mahal... Aku hanya buat karyaseni hobi bersendirian sahaja, bersifat underground. Jadi aku cuma boleh post barang di hari cuti sahaja.... Semoga Allah kurniakan pelanggan aku dgn kesabaran yg baik punya, taraf HaliLullah. Amin utk semua.

>LIMITED EDITION SAHAJA
Aku cuma buat karyaseni untuk 100 helai t-shirt sahaja. Bila t-shirt tu habis, maka habislah ia... Ini mcm collectors' item atau limited edition, limited 100 helai untuk satu karyaseni sahaja dalam setahun - macam Buggati Veyron atau Pagani Huayra. Lepas tu aku buat karyaseni baru pulak. Itu pun ikut mood... Semoga ada investor nak invest dalam karya ku ini, jadi aku boleh cipta lebih banyak karya t-shirt. Amin.

15/06/2014

GRAVITAS | DOA






































Maksud Karya: Karyaseni ini memaparkan kepentingan Doa dalam hidup umat Muslim. Di puncak adalah simbol cabaran duniawi yang panas (dapur berapi) dan umpatan atau kata-kata pedas (buah cili). Enam putik bunga (rukun iman) sedang dikelilingi empat biji cili (cabaran di setiap penjuru hidup) berlaku setiap hari. Maka ditengahnya adalah seni kaligrafi huruf Dal (untuk Doa), yang berputar dalam jiwa umat Muslim, mengharap bantuan Allah dalam menghadapi cabaran hidup. Warna keemasan melambangkan nilai tinggi ujian-ujian dan doa-doa. Manakala putih adalah warna Hikmah kerana sebahagian takdir buruk sebenarnya adalah perlindungan Allah. Di atas logo Gravitas terletak tulisan jawi {dal-wau-hamza-alif} berbunyi "Du'a", menggantikan huruf 'a'in' dalam ejaan Arab kepada huruf 'wau' supaya kedengaran 'du'a' atau 'dua' kerana takdir buruk dalam hidup ada dua maksud, lalu berdoa mohon (1) perlindungan jika ia buruk untuk kita, dan (2) mohon hikmah jika ia baik untuk kita, lalu redha.


> HARGA SEHELAI: RM33
> Postage: akan dikira ikut destinasi

•• Material: kain cotton Hitam
•• Saiz: M dan XL sahaja 
•• M untuk Muslimah saiz S dan M
•• XL untuk Muslimah saiz L ke atas
•• Panjang baju lebih dari 80 cm (tutup aurat pinggul)
•• Panjang Cuff 30 cm menutup tangan (untuk Solat)
•• Bukaan lebar bawah baju memudahkan pergerakan

Untuk pembelian hubungi
> Baba - 011-2629-3756
> email: zarchba@gmail.com

GRAVITAS : T-MUSLIMAH LASAK SERBAGUNA
> SOLAT > SPORTS > STUDY > STROLL > SLEEP

BERNIAGA | 03 | CARI KILANG TEXTILE


Aku Google "kilang" "textile" "baju" "t-shirt" "Malaysia" di internet. Lalu internet bagitahu aku di Malaysia ini, daerah Batu Pahat, Johor, ialah TEXTILE HUB NATIONAL untuk negara Malaysia. Di daerah BP, kebanyakan pakaian berjenama dibikin di sini - Nike, Adidas, Enzo, Aligator, dsb. Baru aku tahu...

Kilang Enzo (yang buat t-shirt Muslimah colorful itu) dekat dgn rumah atok aku, boleh pergi naik basikal. Namun student Muslimah di universiti tak berapa minat pada rekabentuk t-shirt Muslimah Enzo, jadi aku terpaksa cari kilang lain yg boleh bikin t-shirt Muslimah ikut spesifikasi aku (yg diilhamkan oleh Dia, bukan idea aku. Tak logik aku boleh design fashion wanita. Wajah aku brutal bila bangun tidur).

Lalu Google Map tunjuk aku kilang MaxTex (Max Textile Corporation) di Taman Nira, BP. Google Map juga tunjuk kilang MaxTex ada corporate office di Puchong, KL. Alhamdulillah, ini memudahkan aku, sbb aku tinggal di KL. Lalu aku emel MaxTex KL, bertanya tentang kos dan material.



MaxTex tugaskan Cik Syifa utk jaga aku. Syifa tak kedekut ilmu, dia ajar aku yg bodoh tentang fashion wanita ini tentang jenis material yg disukai wanita, kos produksi, jenis jahitan dsb. Dia juga bagi cadangan yg berguna utk peniaga kecil mcm aku. Syifa cakap kos t-shirt Muslimah MAHAL GILA - antara RM18 ke RM26, bergantung material dan rekabentuk - sebab jumlah kain yg digunakan adalah lebih banyak dari t-shirt biasa. Lebih selesa kain itu + lebih labuh rekabentuk t-shirt, maka lebih mahal. Baru aku faham... Tapi dia bagi cadangan pilihan material bermutu yg sesuai dgn modal peniaga kecil.


Setelah menilai blueprint rekabentuk t-shirt Muslimah Gravitas, Syifa cadangkan aku guna kain Melange. Ini pertama kali aku dengar perkataan "Melange". Apa kah... kain Melange?... Kain Melange ialah kain cotton kelabu yg dianyam dari dua atau lebih jenis fibre menghasilkan jaluran gelap horizontal, menjadi satu corak kelabu yg unik. Ia dicipta oleh kaum Red Indian di Amerika pada kurun ke-19. Sejak zaman perang dunia ke-2, kain Melange digunakan sebagai pakaian dalam kerana ia tahan lasak namun sangat lembut dan selesa. Di abad ke-20 pereka baju gunakan kain Melange untuk buat t-shirt kerana kelasakan dan kelembutannya.



Selama ini t-shirt favorite aku (yg selalu aku suka pakai sebab sangat comfortable) itu adalah kain Melange... wah. Untuk projek ini Syifa pilihkan kain Melange yg tebal sikit, sesuai untuk Muslimah nak tutup aurat, tak see through jika berdiri di depan mentari, atau lampu neon kotaraya. Aku juga pilih kain cotton hitam sederhana tebal (tak panas) sebab aku nak buat karyaseni di atas kegelapan Al-Layla yang penuh misteri...




Oleh kerana aku nak CUFF (bahagian hujung cengkaman lengan) yg panjang gila - untuk tutup tangan masa Solat - jadi aku kena tambah kos untuk produksi t-shirt Gravitas. Cuff itu juga perlu lalui proses "Ribbed" atau jahitan jaluran untuk cengkaman yg pasti. Sebab tu jadi mahal sikit, tapi masih di bawah paras harga "t-shirt mahal" - Gravitas tak mahal dan tak murah - harga sederhana je, tapi Gravitas masih sebuah KARYASENI yg exclusive utk kualiti sederhana dgn harga sederhana.

Aku tak mahu letak label jenama (kat tengkuk) pada t-shirt Gravitas, sebab pertama tengkuk Muslimah yg berkulit sensitif akan rasa gatal sangat dek kerana gigitan label itu. Sebab ke-dua, pada aku ini adalah karyaseni Dia Maha Karya - dari penciptaan baju hingga ke ciptaan silkscreen artwork (tak mungkin aku boleh buat semua ni). Jadi logo Gravitas dicetak atas baju sebagai sebahagian dari karyaseni.

Lepas Dia beri kejayaan jumpa kilang textile, dan t-shirt Gravitas sedang dikilangkan, aku kena mencari kilang silkscreen printer untuk mencetak silkscreen artwork... > Bersambung di episod 04.


Yang minat nak biznes t-shirt kecil-kecilan, contact MaxTex below:
•• http://www.maxtex.com.my
•• https://www.facebook.com/maxtex.my
•• enquiry@maxtex.com.my
•• 9-G, Jln Kenari 13C, Puchong Jaya - seberang IOI shopping mall.

KATA PENGGUNA - MINAH KOREA





























Sarang hajima sarang burung. Saya sarang t-shirt Gravitas. Saya sukeh! sukeh! sukeh!.. Sukeh nyeww menutup aurat koo... Sukeh! sukeh! sukeh!.. Sukeh nyeww Gravitas inih. Saya sukeh! sukeh! sukeh!.. x payah bawa telekongz. Sangat mudahkan hidup koo. Sukeh! sukeh! sukeh!..

Saya sukeh Gravitas! Sukeh! Sukeh! Sukeh nyew!
- Minah Korea

KATA PENGGUNA - PUAN NURUL






































"Saya suka Gravitas ni sebab kalau gi jalan ke, shopping ke, tak payah bawak telekung. Boleh singgah surau terus Solat, sebab cuff dia boleh tutup tangan kita macam sarung tangan. Lagipun saiz dia besar labuh memang tutup aurat... Saiz bawah memang besar, senang nak gerak. Saya pakai saiz L tapi Gravitas saiz XL memang sesuai... Dan gambor print dia bukan hiasan je, tapi ada makna. Yang saya pakai ni ingatkan kita tentang do'a. Kiranya saya buat iklan tentang gayahidup Islam pada orang ramai, dapatlah pahala sikit..."

- Puan Nurul

GRAVITAS | HATI


"Hidupku - iktikad. Diriku - tawakal. Hatiku - redha."
Maksud Karya: Karya Gravitas Hatiku adalah simbol jiwa Muslimah yang beriktikad, bertawakal dan redha. Ini menjadi pegangan Muslimah berhati kebal dan kukuh. Lima bintang memaparkan rukun Islam, berada di atas mahkota Muslimah, memuliakan ugamanya. Di bawah mahkota ialah hati Muslimah yang diperhati malaikat Rokib dan Atib (rama-rama) dengan bunga Qalbunya berkembang oleh cahaya hidayah (Al-Nur). Di luar jiwa Muslimah ialah rama-rama putih yang mendengar doa-doanya. 


> HARGA SEHELAI: RM33
> Postage: akan dikira ikut destinasi

•• Material: kain cotton Hitam
•• Saiz: M dan XL sahaja 
•• M untuk Muslimah saiz S dan M
•• XL untuk Muslimah saiz L ke atas
•• Panjang baju lebih dari 80 cm (tutup aurat pinggul)
•• Panjang Cuff 30 cm menutup tangan (untuk Solat)
•• Bukaan lebar bawah baju memudahkan pergerakan

Untuk pembelian hubungi 
> Baba - 011-2629-3756
> email: zarchba@gmail.com

GRAVITAS : T-MUSLIMAH LASAK SERBAGUNA
> SOLAT > SPORTS > STUDY > STROLL > SLEEP

GRAVITAS | MUSLIMAT





Maksud Karya : Karya kaligrafi tulisan jawi {mim-sin-lam-mim-alif-ta} berbunyi "Muslimat" atau "Muslimah" disusun 'beramai-ramai' sebagai Ummah (group) memaparkan dunia Muslimat yang bersatu walaupun bentuk dan rona jiwa mereka ditakdirkan berbeza. Ada Muslimah yang statusnya besar dan dikenali (warna keemasan, senang dikenali umum), ada juga Muslimah yang statusnya besar namun tidak dikenali (warna hitam Al-Layla, sengaja sembunyikan diri, atau Allah sembunyikan mereka), dan ada juga Muslimah yang kecil marhaen. Namun mereka semua berfungsi dan boleh bersatu serta berkerjasama. Meletakkan Muslimah kecil di atas kerana dia sesuai berfungsi di atas, dan ada Muslimah keemasan di bawah kerana dia sesuai berfungsi di bawah. Maka keseluruhannya adalah sebuah nada harmoni Muslimat yang sekata.


> HARGA SEHELAI: RM33
> Postage: akan dikira ikut destinasi

•• Material: kain cotton Melange
•• Saiz: M dan XL sahaja
•• M untuk Muslimah saiz S dan M
•• XL untuk Muslimah saiz L ke atas
•• Panjang baju lebih dari 80 cm (tutup aurat pinggul)
•• Panjang Cuff 30 cm menutup tangan (untuk Solat)
•• Bukaan lebar bawah baju memudahkan pergerakan

Untuk pembelian hubungi 
> Baba - 011-2629-3756
> email: zarchba@gmail.com

GRAVITAS : T-MUSLIMAH LASAK SERBAGUNA
> SOLAT > SPORTS > STUDY > STROLL > SLEEP

14/06/2014

BERNIAGA | 02 | JENIS BARANG DAGANGAN


Aku fikir nak jual artwork aku dalam bentuk poster mungkin. Tetapi Dia beri aku idea suruh letak atwork aku atas t-shirt, maka ia menjadi artwork yg berjalan di tubuh insan. Namun aku fikir dah berlambak t-shirt yg ada artwork hebat, jadi gimana deh bisa jadi unik? Dia bagi idea suruh letak artwork atas T-shirt Muslimah, dan petunjuk untuk buat T-shirt Muslimah yg unik.


Alhamdulillah. Antara petunjuk dari Dia ialah menjadikan aku terpaksa dengar keluhan pelajar Muslimah di universiti yang mengatakan:

(01) T-shirt Muslimah mahal! Harga lebih dari RM40, ada sampai RM60. Nak korek duit dari mana? Mak bapak kaum marhaen miskin. (02) T-shirt Muslimah yg mahal itu tidak menutup punggung atau jari jemari mereka. Masih terbonjol jua cellulite kata mereka. (03) Print Design T-shirt Muslimah tak menarik, tak kena dengan intelek mereka. Banyak print artwork untuk kanak-kanak bawah 13 tahun menurut mereka.

Jadi takdir aku ialah kena buat T-shirt Muslimah yg:
> MURAH - bawah RM40
> TUTUP AURAT - tak ketat, tutup pinggul, tutup tangan
> ARTWORK MATANG - tidak kebudak-budakan

Itulah yg Dia pancarkan dlm kepala otak aku. Namun kepala otak aku bukan milik aku, tapi milik Dia. Tubuhku, hatiku, darahku, galaxy ini, semua Dia punya maa... Sel tulang aku bertukar setiap 6 bulan pun aku tak sedar, sebab bukan aku punya. Watak aku pun Dia yg tulis sebelum aku lahir. Oleh itu aku buat je lah apa yg masuk dlm kepala otak aku. Buat T-shirt pompuan pun buat je lah. Aku tak rasa seperti pondan.

Aku juga diberi petunjuk fashion design di Eropah (Elenany UK, winter military fashion, Calvin Klien fall collection, dsb). Maka aku pun buat rekabentuk T-shirt yg sebegitu, berserta print artwork yg sebegitu, yg sesuway untuk Solat, Sports, Study, Shopping, dsb. Maknanya ia lasak dan serbaguna.


Kemudian aku fikir tentang branding. Lalu Dia pancarkan idea dlm kepala otak aku suruh letak nama 'Gravitas', perkataan Latin yg bermaksud 'graviti' atau 'kepentingan'. Aku pun buat logo Ka'ba dan tali Dia (berpegang pada tali Dia). Kenapa aku buat logo mcm tu? Aku pun tak tahu, aku nampak imej mcm tu dlm otak, aku pun buat mcm tu lah. Mesti dah ada kat Luh Mahfuz.

Setelah siap blueprint utk design T-shirt Muslimah (cutting, ukuran, jenis jahitan, etc) aku mula Google kilang textile yg boleh produce T-shirt Muslimah ikut spesifikasi ini. Jadi usaha berikutnya ialah cari kilang pakaian... > Bersambung di episod 03.

13/06/2014

BERNIAGA | 01 | NAK BUAT BIZNES

Dgn nama Dia al-Rahman al-Rahim

Aku nak buat biznes kecil tapi tak tahu apa dia. Jadi aku doa minta idea dari Dia. Mana boleh aku cipta idea sendiri? Sebab aku tak hidup Eternal seperti Dia. Dia yg cipta semua ni, jadi Dia Maha Mengetahui apa yang best utk aku. Aku diberi idea oleh Dia untuk buat biznes jadi saudagar kecil online, jual barang-barang baik punya yang cool giller. Lalu fajar menjelmakan aku sebagai saudagar kecil-kecilan online di atas planet Bumi ini. Aku tak tahu boleh jana pendapatan ke tidak, tapi aku cuba je, dan tawakal.

Aku letak wajah budak comel poyo ini sebagai daya penarik (logik ke?). Aku doa Dia jadikan ramai org suka blog biznes ku yg cikai ini. Dan beli barang dagangan ku. Amin... Nama Hanafefe ialah nama abah aku yg ditambah dengan F.E [Fair Enuf]. Maknanya 'bolehlah walau tak gempak'. Sederhana cuma.

Lepas berniat dan doa, berikut ialah usaha. Usaha pertama kita nak fikir jenis barang dagangan...
> Bersambung di episod 02.